Tuesday, 27 December 2016

PERANAN PELAJAR DALAM MEWUJUDKAN PERPADUAN MELALUI INTEGRASI BUDAYA

DUA 6022 : KOMUNIKASI DAN PENYIARAN DALAM ISLAM

 

PERANAN PELAJAR DALAM MEMUPUK 

PERPADUAN MELALUI INTEGRASI BUDAYA

NAMA PENSYARAH 
PUAN NURULFUADDI   

 NAMA AHLI  

FARAH NABELA BINTI AHMAD NAZRI
(02DGU14F1018)
AMIRA SURYATI BINTI ISMAIL
(02DGU14F1024)
RABIATUL ADILAH BINTI BAHARIN
(02DGU14F1048)
NURUL NABILAH BINTI ZAINAL ABIDIN
(02DGU14F1078)
NORLYANA BINTI AHMAD ISMAIL
(02DGU14F1120)




PENGENALAN
Perpaduan adalah merupakan perkara yang amat penting serta perlu dititik beratkan untuk mengekalkan keharmonian dan kedamaian di sesebuah negara. Perpaduan dalam Islam pula bukan sekadar hubungan baik sesama Islam sahaja, malah merangkumi kepada kaum bukan islam jua.Negara yang mengamalkan perpaduan dapat mencapai kemajuan dan tidak mudah ditakluki kuasa asing. Inilah kemerdekaan yang perlu dijaga oleh setiap rakyat Malaysia. Budaya pula membawa maksud cara hidup manusia. ia merupakan satu proses perkembangan sahsiah, akal, semangat dan usaha manusia itu sendiri. Oleh demikian, integrasi budaya adalah penyesuian antara unsur kebudayaan yang saling berbeza sehingga mencapai keserasian antara masyarakat atau dengan kata lain suatu usaha/proses menyatukan masyarakat yang berlainan budaya. Malaysia merupakan negara yang mempunyai 3 kaum berbeza iaitu mempunyai perbezaan adat, bahasa dan agama. Oleh itu, bagaimana integrasi budaya dapat terjalin dengan kukuh tanpa mengira tiga aspek berikut? sebagai pelajar sama ada di di sekolah mahupun istitusi pengajian tinggi, kita tidak perlu terlepas pandang dari bertemu rakan yang berlainan kaum. Oleh itu, peranan pelajar ialah saling berkomunikasi tidak mengira warna kuit ataupun berlainan bahasa. Dengan cara itu, pelajar dapat mengetahui latar belakang kaum berlainan bangsa serta secara semulajadi kita akan menghormati kaum lain apabila kita berada di luar waktu pembelajaran. Misalnya daripada perayaan, rakyat Malaysia meraikan pelbagai perayaan yang tersendiri. Untuk merasai kemeriahannya, remaja mestilah turut merayakan perayaan-perayaan yang disambut oleh rakan mereka dengan hati yang ikhlas, bak kata pepatah masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak. Jelaslah, asimilasi budaya dapat mewujudkan semangat perpaduan yang ampuh dalam kalangan remaja di negara ini. Perpaduan negara juga merujuk kepada satu bentuk penyatuan pelbagai kelompok yang mempunyai latar belakang sosial, agama, budaya dan bahasa yang berbeza di bawah satu bentuk identiti nasional yang lebih khusus serta dapat diterima oleh majoriti golongan etnik di negara ini. Sejak merdeka sehinggalah mutakhir ini, pelbagai usaha telah dilaksanakan yang bertujuan mencapai perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia. Penghayatan  prinsip-prinsip Rukun Negara dalam kalangan rakyat mampu melahirkan masyarakat Malaysia yang bersatu padu dalam pelbagai aspek.Merujuk kepada Penyata Razak dan Laporan Rahman Talib, penekanan telah diberikan  kepada sistem persekolahan yang sama; bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan kurikulum sekolah yang sama dan bercorak kebangsaan. Jelaslah bahawa sistem pendidikan negara merupakan satu kaedah untuk mengekalkan perpaduan dalam kalangan kaum. Selain itu, penekanan kepada sikap berbangga menjadi warganegara Malaysia perlu diterapkan dalam jiwa pelajar.Hal ini boleh dilakukan melalui pelbagai pertandingan, sambutan bulan kemerdekaan.



PERPADUAN KETIKA WAKTU PEMBELAJARAN
Perpaduan di peringkat ipt dapat dicapai melalui mengadakan kurikulum yang seragam untuk semua ipt. Kurikulum juga boleh dikatakan sebagai bidang pelajaran di sekolah. Kurikulum merangkumi pelbagai pengalaman kehidupan nyata dan tidak nyata yang diplih, diorganisasi dan disusun oleh sarjana pendidikan dan pakar kurikulum dengan secara teliti dan profesional, dan demi menjadikan pelbagai jenis aktiviti pembelajaran nyata dan tidak nyata seperti yang dijalankan dalam dan luar bilik darjah, dalam dan luar sekolah, untuk semua peringkat persekolahan. Seterusnya, kokurikulum merupakan satu saluran pembelajaran yang berasaskan gerak kerja yang terancang. Kepentingan pelaksanaan aktiviti ini sangat setara dengan  kepentingan pelaksanaan aktiviti di dalam bilik darjah kerana peranannya juga turut menjadi penyumbang dan pelengkap kepada keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di ipt keseluruhannya. Aktiviti-aktiviti kokurikulum membantu pelajar untuk menambah,mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang telah dipelajari. Peranan utama kokurikulum ialah untuk memupuk dan mengeratkan hubungan di kalangan pelajar dan juga antara ipt dengan masyarakat.Dengan ini perpaduan mula berpucuk di kalangan pelajar dan secara langsung menuju ke arah integrasi nasional. Selain itu, sukan juga menjadi salah satu daripada alat perpaduan di peringkat ipt dan sukan dijalankan bukan semata-mata untuk kesihatan tetapi juga untuk perpaduan di kalangan masyarakat.
Di samping itu, matlamat utama hari sukan ialah mewujudkan persefahaman, semangat kekitaan dan perpaduan diantara pelajar-pelajar ipt. Pada hari sukan, semua pelajar akan terlibat dalam sesuatu aktiviti permainan, perarakan dan perhiasan khemah dengan bersatupadu tanpa mengira apa-apa jua tetapi sebagai satu kumpulan yang majmuk. Ini menuju ke arah perpaduan di antara palajar-pelajar. Tujuan utama aktiviti-aktiviti perkhemahan ini dianjurkan adalah untuk memupuk perpaduan dan membentuk integrasi di kalangan peserta-peserta perkhemahan. Semangat kekitaan akan mula berbunga apabila menjalankan aktiviti-aktiviti secara kumpulan dan berkerjasama untuk mengharungi segala cabaran semasa aktiviti. Program anak angkat merupakan satu rancangan pertukaran pelajar untuk sesuatu aktiviti demi kebaikan pelajar. Selalunya ia berfokuskan kepada pembinaan perhubungan yang tidak mengira agama, bangsa dan negara atau dengan kata lain menuju perpaduan. Program anak angkat dijalankan oleh pihak ipt contohnya ke Sabah, Sarawak atau Brunei agar seseorang pelajar dapat mengenali ciri-ciri kehidupan dan kebudayaan sesuatu tempat. Dengan ini, wujudlah persefahaman dan perpaduan di antara pelajar dan penduduk sesuatu tempat. Sebenarnya keutuhan perpaduan sesama masyarakat Islam tidak akan tercapai kecuali selepas terlaksana beberapa prinsip asas seperti tolong-menolong dalam menggalakan kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Dalam hal ini, pelajar juga berperanan mewujudkan perpaduan dalam kalangan mereka. Hal ini, pelajar juga boleh memantapkan lagi semangat tidak kira dalam aspek rohani mahupun jasmani atau juga dalam aspek moral yang baik, berakhlak mulia seperti saling menyayangi dan bersikap bertoleransi.

PERANAN REMAJA DALAM MEWUJUDKAN PERPADUAN DALAM INTERGRASI BUDAYA
Peranan pertama yang perlu dipegang sebagai seorang pelajar seterusya sebagai seorang remaja ialah mereka sendiri menjadi suri teladan kepada rakan-rakan sebaya. Dalam hubungan ini, setiap remaja mestilah mengamalkan dan menerapkan semangat perpaduan dalam kalangan rakan sebaya. Mereka mesti menunjukkan sikap saling menghormati rakan-rakan yang berbeza latar belakang budaya dan agama. Contohnya, remaja perlu menghormati amalan dan anutan agama rakan-rakan. Di samping itu mereka perlu mengelakkan diri daripada membangkitkan isu-isu yang sensitif dan dapat menaikkan kemarahan rakan-rakan dari bangsa dan agama yang lain. Setiap perselisihan pendapat hendaklah diatasi secara bijaksana dan berhemah, bak kata pepatah seperti menarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus tepung tidak berselerak.Oleh yang demikian, remaja perlu menjadi suri teladan serta mampu untuk memupuk semangat perpaduan. Diantara peranan yang dapat kami senaraikan ialah :-
1.      MENGAMBIL IKTIBAR DAN TELADAN DARIPADA SEJARAH TERDAHULU
Selain itu, sebagai seorang pelajar dan remaja juga hendaklah menghayati dan mengambil iktibar daripada sejarah negara. Hal ini demikian kerana banyak peristiwa yang berlaku dalam sejarah tanah air dapat dijadikan iktibar supaya sesuatu yang buruk dapat dihindarkan.Sebagai contoh, tragedi 13 Mei 1969 merupakan satu detik hitam dalam sejarah yang berlaku akibat semangat perpaduan yang rapuh dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum. Ahli falsafah George Santayana mengatakan orang yang melupai sejarah akan melakukan kesilapan yang sama. Oleh itu, remaja hari ini hendaklah diterapkan dengan pengetahuan sejarah secara lebih serius. Dengan mempelajari, memahami, menghayati, dan mengambil iktibar daripada sejarah, maka mereka akan menjadi warganegara yang lebih bertanggungjawab,rasional, dan berhemah tinggi dalam kehidupan di dalam sebuah negara majmuk seperti Malaysia. Jadi remaja mestilah mengambil iktibar daripada sejarah sebagai pemangkin semagat perpaduan yang jitu.
2.      MEMUPUK SEMANGAT BERBILANG KAUM, BANGSA DAN AGAMA
Sebagai rakyat Malaysia kita mestilah mengasimilasikan budaya pelbagai kaum dalam kehidupan seharian. Malaysia sangat unik kerana rakyatnya terdiri daripada pelbagai kaum. Contohnya, Kaum Melayu, Cina dan India merupakan tiga kaum yang dominan di negara ini. Selain itu, rakyat negara ini juga terdiri daripada etnik peribumi yang tidak kurang pentingnya seperti Iban, Kadazan, Dusun, Orang Asli, Pernan dan termasuk juga golongan minoriti seperti Portugis, Siam dan seumpamanya. Terdapat juga pelbagai agama di negara ini antaranya ialah agama Islam, buddha, kristian dan sebagainya. Mereka juga mestilah sanggup untuk menerima dan mengamalkan budaya yang sesuai dengan kehidupan. Misalnya daripada perayaan, rakyat Malaysia meraikan pelbagai kaum yang tersendiri. Untuk merasai kemeriahannya, remaja mestilah turut merayakan perayaan-perayaan yang disambut oleh rakan mereka dengan hati yang ikhlas, bak kata pepatah masuk ladang kambing mengembek, masuk ladang kerbau menguak.Jelaslah, dengan adanya semangat seperti ini, masyarakat lebih dapat mewujudkan semangat perpaduan yang ampuh dalam kalangan remaja di negara ini.
3.       MENGELAKKAN BERSIKAP ETNOSENTRISME
Selanjutnya, sebagai warganegara Malaysia hendaklah mengelakkan diri daripada mementingkan diri dan bersikap etnosentrisme. Sikap etnosentrisme ialah sikap yang mementingkan kelompok etnik sendiri. Sikap seperti ini akan menjejaskan hubungan dengan kaum-kaum dinegara ini. Remaja perlu menghayati dan mengamalkan Gagasan 1Malaysia yang menekankan aspek perpaduan secara tuntas ke arah pembentukan sebuah negara yang progresif. Mereka juga perlu menerima segala perbezaan yang wujud antara kaum di negara ini dengan hati yang terbuka. Contohnya, remaja tidak harus menyentuh isu-isu sensitif seperti hak istimewa sesuatu kaum yang sudah termaktub dalam perlembagaan. Mereka hendaklah mengamalkan sikap di mana bumi dipijak, di situlah langit dijunjung. Jika semangat ini dapat diamalkan oleh semua masyarakat. Nescaya negara kita akan terhindar daripada sebarang malapetaka akibat perpaduan yang rapuh. Langkah tersebut diharapkan dapat menyedarkan anak-anak bangsa tentang akibat kurangnya perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat. Mengetahui dan memahami peristiwa yang berlaku dalam sejarah negara seperti tragedi berdarah 13 Mei 1969, sudah tentu golongan muda dan belia akan lebih menghargai perpaduan dan keharmonian yang dikecapi selama ini. Pemahaman rakyat Malaysia tentang sejarah tanah air dapat menyemai semangat perpaduan dalam diri mereka.
4.       BERKOMUNIKASI
Masyarakat juga digalakkan berkomunikasi dengan jiran yang berlainan bangsa dan ibu bapa juga disarankan membawa anak-anak mereka mengunjungi rumah jiran semasa hari lebaran atau perayaan. Dengan cara itu, ibu bapa dapat menjadi suri teladan kepada anak-anak dan membolehkan mereka menghayati keistimewaan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai jenis kaum dan etnik. Walaubagaimanapun, institusi-institusi pendidikan perlu bertanggungjawab menerapkan semangat bersatu padu dalam kalangan pelajar berbilang kaum. Antara langkah yang dapat diambil adalah dengan memberikan kerja-kerja berkumpulan. Dalam konteks ini, hendaklah membahagikan pelajar secara berkumpulan dalam melaksankan projek-projek . 
KESIMPULAN
                  Kesimpulannya, remaja dan juga pelajar bertanggungjawab untuk memainkan peranan penting kearah pemupukan semangat perpaduan dalam kalangan masyarkat khususnya generasi muda. Semua pihak hendaklah bergerak seiringan  untuk merealisasikan wawasan dan gagasan besar negara. Kita tidak mahu generasi muda hari ini mengabaikan peranan mereka untuk memupuk perpaduan dan menghancurkan negara yang bakal diwarisi kelak. Iltizam dan kesungguhan remaja dalam memupuk semangat perpaduan adalah dituntut demi mewujudkan semua negara yang bersatu padu, aman, maju dan berdaya saing di peringkat global. Hal ini tidak mustahil untuk dilakukan kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Pelajar memainkan peranan penting dalam mewujudkan perpaduan melalui integriti budaya agar semangat tersebut diamalkan dalam masyarakat serta merealisasikan hasrat kerajaan untuk menjadikan rakyat Malaysia hidup bersatu padu dan harmoni. Remaja merupakan tonggak negara dimana mereka perlu cakna akan peranan memupuk perpaduan tanpa mengira kepelbagaian etnik dan kebudayaan supaya hasrat untuk membentuk sebuah negara yang cemerlang, gemilang dan terbilang tercapai. Selain itu, iltizam dan kesungguhan remaja dan pelajar dalam memupuk semangat perpaduan amat dituntut demi mewujudkan negara yang bersatu padu dan berdaya saing di peringkat global. Justeru itu, semua pihak perlu menanam sifat keikhlasan dalam diri masing-masing agar perpaduan tidak bersulamkan niat meretakkan.

LAMPIRAN








 RUJUKAN
·         http://stpm-study.blogspot.my/2013/11/peranan-remaja-untuk-memupuk-semangat.html
·         https://www.google.com/search?q=PERANAN+PELAJAR+MEWUJUDKAN+PERPADUAN+MELALUI+INTERGASI+BUDAYA&ie=utf-8&oe=utf-8
·         https://www.google.com/search?q=perpaduan+budaya&ie=utf-8&oe=utf-8
·         https://www.google.com/search?q=perpaduan+kaum+dan+budaya&source=lnms&tbm=isch&sa=X&ved=0ahUKEwj2nvLW_6PRAhXDE5QKHbwGCe0Q_AUICSgC&biw=1366&bih=627#imgrc=zZQzbeyvOiEpdM%3A

No comments:

Post a Comment